Apa Itu HIV
HIV
bermaksud Human Immunodeficiency Virus.Sejenis virus daripada kumpulan
retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit.Kuman
virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara
perlahan-lahan.
Apa itu HIV Positif
Adalah
seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi
tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh
merebakkan kepada orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif
digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan
aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang
(5 - 10 tahun).
APA ITU AIDS
AIDS
merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan
badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala
penyakit oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru,
kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.
TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
- Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
- Cirit-birit berlarutan.
- Demam yang berpanjangan.
- Batuk-batuk yang berterusan.
- Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
- Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
- Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
- Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia)
- Sejenis protoaza boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus
HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus
ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang
belakang dan otak. HIV juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di
dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan.
Virus HIV boleh dipindahkan melalui:-
- Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau dengan berbilang pasanga
n yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
- Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
- Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
- Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
- Bersifat setia terhadap pasangan.
- Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
- Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
- Amalkan cara hidup yang sihat.
Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui;
- Berpegang tangan dan bersalaman.
- Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
- Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
- Melalui makanan atau minuman.
- Ciuman/pelukan.
- Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
- Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
- Berkongsi buku (sekolah).
- Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas
Sumber :Infosihat.gov
Petua Elak HIV