Larangan agama
sememangnya berasas. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang
tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Selain memabukkan alkohol
juga memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia
umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.
|
Kesan ketagihan akibat
meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah
yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang
ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka
panjang.
Kesan jangka pendek
pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang
itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan
tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh
menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh
keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih
alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala,
loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 – 12 jam kemudian.
|
Kesan jangka panjang akan
dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama
adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila
situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin,
jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal
adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada
sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol
yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.
|
Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. |
Di sini, alkohol
menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan
disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran
bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.
Peminum juga kurang
keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran,
dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang
diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak
sedarkan diri dan seterusnya kematian.
Kesan alkohol yang paling bahaya adalah
kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum
alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan
mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk
berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan
hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati
dan boleh membawa maut.
Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. |
|
Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk. |
Kerosakan saraf boleh menyebabkan
pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan
kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi
psikiatri. Peminum boleh
mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan
kecenderungan membunuh diri.
Kesan pada janin
Peminum alkohol kronik
yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri
kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil
berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan
kelemahan sendi-sendi.
|
Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu. |
Peminum alkohol juga didapati lebih
cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat
hormon penahan kencing.
Peminum alkohol juga
mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah),
dan ketandusan vitamin.
Bagi perokok yang meminum
alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya
pada bahagian mulut dan tekak.
Selain daripada kesan ke
atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan,
kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah
rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.
Oleh itu hindarilah dari
meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi
kebaikannya.
Kesan penagihan Alkohol